1. HOME
ADVISORY INC.

'mysterious' diseases and ailments etc ......








Cerita #1 -Sihir, jampi
dlm perniagaan.
(petikan dari abanglong emailbox)
Sebuah kisah antara saya dan bomoh….sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini….Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur….nauzubillah…Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut.
saya: Semenjak perniagaan si polan itu
dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala
jumlahnya terlalu ramai…
Bomoh itu mendengar dengan teliti sambil
mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan
kelihatan handal)
saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan
mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih
pula ke kedai sekitarnya pula.
Bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya
kepada saya. ‘anak ini berniaga kah?’
saya menjawab: tidak. saya hanya…….
mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin
hairan.biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan
perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung
padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?’
Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai
makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil disekitarnya kurang
mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang
lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.
Bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak
serius benar.”Baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka,
anak perlu bawa barang-brang ini’ lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk
mengenakan sihir terhadap si polan tadi.
Sebelum itu, anak kena dapatkan nama
pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.
saya: ada…nama pemilik saya kurang pasti
tetapi nama kedainya cukup saya ingat…
‘Bagus. Senang kerja pak cik. apa nama
kedai yang anak hendak kenakan ini?’ tanya bomoh tadi.
saya: er..Mcdonald dan KFC…..
Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah.
Marahnya bukan kepalang dengan saya. Katanya saya ingin mempermainkannya tetapi
saya menjawab. Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa
kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan
beralih angin ke kedai lain….(dalam hati saya tertawa besar)
Kemudian tidak perlu saya terangkan lain
dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu
melingkupkan perniagaan besar sebegitu…..moralnya…mereka ini hanya bermain
silap mata.
‘Sesungguhnya
syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa…..hanya mengunakan tipu daya
sahaja…dan bagi mereka yang percaya tentang perkara ini…kembalilah pada Allah
dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh
si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika
tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga….atur startegi perniagaan
dan amanah.....satukan NIAT yang IKHLAS dan JUJUR dan mohon pelindungan Allah SWT dan dapatkan nasehat dari Ulama yang pakar/mahir sekiranya 'gangguan aneh' berlaku juga. INGAT, tidak dinafikan, shaitan pun berikhtiar keras untuk mengagal setiap usaha dan niat baik setiap muslim yang berjihad kejalan Allah, terbukti dalam sejarah setiap Nabi-nabi kita bermula sengketa Adan dan Iblis! InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam….
Maaf, andai ada yang tersinggung dan saya
hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan
izinNYa…
(KFC & McDonald adalah perniagaan milik
asal urang bukan Islam, maka shaitan tidak akan ambil upah untuk menjatuhkan secara
kesuluruhan organisai itu yang sebulu/seagenda dan seneraka dengan mereka melainkan
sebuah dua outlet dengan sebab berasingan)
Cerita # 2- Panduan
Elak Diri dari Sihir
( petikan dari jawapan soal jawab
majalah I keluaran Oktober 2006)
Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman
Kedua : Bagi melindungi diri dari sihir, yang
terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan
kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited.
Ini ternyata dari firman Allah ertinya :
" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu
(Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka
yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" (Al-Hijr: 42)
Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya
Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan
bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)
Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di
amalkan bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta
terlebih dahulu :-
1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT
di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.
2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau
kejahatan . Ia berdasar firman Allah : " ... Mereka mengamalkan
apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman
itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu
sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan
Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum
mengatakan "sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan
menyalah gunakan ". Tetapi manusia mempelajari dari keduanya
dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri....
Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata
menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun" ( Al-Baqarah :
102)
3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang
kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya
mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah.
" ( Al-Baqarah : 102 )
4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu
sihir :-
Ertin firman Allah : " Oleh itu mereka
akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan
mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)
Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk
mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap
hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد ,
والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود
والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
"Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan
(surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan
kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin
Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (
Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi :
Sohih
3) Ayat al-Kursi selepas solat
( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن
يموت ( رواه النسائي )
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat
Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari
memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah
satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah
Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi
(Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas
Solat Fardhu, no 890, 1/426)
4)Membaca doa ini dengan setiap
hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil
Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".
Dalilnya :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح
كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في
السماء , وهو السميع العليم ", ثلاث مرات , إلا لم يضره ش )) : (رواه
ابو داود والترمذي )
5) Membaca
dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان
)
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat
terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2
ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)
6) Membaca zikir : "La
ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit
wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله
وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات
على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له
عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات .
(الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa
menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya,
bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali
selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat)
dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya,
dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara
wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia
standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi
SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)
7) Membaca :
" A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"
أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما
خلق )) , لم تضرك (رواه مسلم وأبو داود )
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu
berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna
dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan
memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib
lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )
Cerita #3- Penting Difaham
|
Wahdatul Wujud |
(Petikan
dari buku Mengenal Diri Dan Wali Allah oleh Musatafa Muhamad al-Jiyasi )
Apabila
seorang sufi itu terdapat fana' kerana ia tersyuhud kepada salah satu dariapa
empat perkara yang diterang tadi, sudah tentu ia tiada dapat menyedari diri
sendiri dan juga makhluk sekeliling maka diwaktu itu kerap kali terlatah (syathoh) di
mulutnya dengan perkataan-perkataan Ittihad umpama;
Sedang
mereka dalam keadaan tak sedarkan diri (fana') itu bukanlah bererti mereka
terbaring tidur dengan tiada dapat bergerak-gerak lagi badan kasar itu, bahkan
mereka kerapkali dapat berjalan sebagaimana orang sihat dan kerapkali
bercakap-cakap dengan orang banyak tetapi ia tidak sedarkan orang itu. Hanya
yang sedar ialah mabuk dan karam kepada Allah jua, dan diwaktu itulah mereka
kerapkali terlatah dengan perkataan-perkataan Al-Ittihad umpama di atas.
Perkataan
Al-Ittihad maknanya ialah pengucapan-pengucapan yang menimbulkan segera faham
orang ramai bahawa Tuhan dan manusia (makhluk) itu adalah satu jua seperti apa yang terdapat dalam latahan tadi. Dan
hati orang-orang sufi yang dalam keadaan fana' dan terlatah itulah dinamakan Wahdatul
Wujud ataupun al-ittihad mengikut istilah Tasauf. Dan mereka dalam
waktu itu tidak terkena lagi hukum taklif syarak kerana akal mereka hilang
kesedaran alam sekeliling. Dan tiap-tiap orang Wali mestilah mestilah ia lalui
dan merempuh jalan ini tetapi ada yang terselamat dari fitnah dan ada pula yang
tidak terselamat seperti Hallaj. Adapun maqam Nabi atau Rasul ialah maqam baqa'
yang tercipta dari awal yakni ia tidak perlu merempuhi jalan fana' yang
menyebabkan seolah-olah jadi umpama orang gila atau mereng.
Bandingan
Wahdatul Wujud
Sebab-sebab
terjadi pengucapan atau terlatah umpama itu ialah kerana kelazatan jizbah(pandangan
hati yang disentak oleh Allah dengan Musyahdah kepadaNya dengan zauq dan
wujdan) yang kuat terdapat dalam masa fana' itu. Misalnya ia terucap
dimulutnya: "Tiada Tuhan melainkan aku." Atau "akulah Tuhan Yang
Hak." ataupun "Tuhan tiada makan nasi yakni (aku)" atau
sebagainya.
Pengucapan-pengucapan
umpama itu sebenarnya adalah menghikayatkan apa yang sebenar daripada ALlah,
bukan bererti ia mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebagaimana kita sendiri juga
pernah membaca Quran ayat:
Ertinya:
Sayalah Tuhan, tiada Tuhan melainkan saya.
Ini
bererti perkataan "saya" si pembaca quran itu mengaku dirinya sebagai
Tuhan pada hal itu adalah menghikayatkan apa yang sebenar daripada Kalam Allah
(al-Quran) jua. Demikian juga pengucapan-pengucapan yang terlatah di mulut
orang-orang sufi yang fana' di ketika itu adalah menghikayatkan apa yang
sebenar daripada ALlah, bukan ia mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebagaimana termasuk
hantu juga, di ketika itu ia bercakap dengan tiada sedarkan diri bahkan ia
menghikayatkan apa yang sebenar daripada hantu itu.
Sebagaimana
juga malaikat mulhim bercakap melalui diri orang fana' yang kerapkali terlatah
di mulutnya dengan umpama kata: "Anal Haq" misalnya. Maka percakapan
orang fana' umpama itu adalah hasil dari hikayat malaikat mulhim akan kalam
Tuhan yang ditajalli kepadanya. Oleh hal yang demikian maka jadilah pihak
orang yang mendengar menyangka percakapan umapama itu adalah kalam orang yang
mengaku dirinya Tuhan (lalu dipersalahkan), padahal yang sebenarnya adalah
kalam malaikat mulhim yang ditajalli dan yang diterjemah atau dihikayat dari
kalam Tuhan, maka begitulah juga bandingannya dengan percakapan orang masuk
hantu; pada zahirnya ialah percakapan orang sakit itu, padahal pada batinnya
adalah percakapan hantu (pelesit). Demikianlah dengan keterangan ini saya
berharap sudah cukup terang kepada pembaca.
Satu
perbandingan lagi iaitu kita umpamakan apabila seorang itu melihat gambar
sultan dalam frem gambar tersangkut di dinding rumahnya, maka ia berkata:
"Aku dah lihat sultan." Padalah yang sebenar ia bukan sultan, hanya
dilihatnya gambar kertas jua tetapi oleh kerana ia tertumpu perhatiannya kepada
ain(diri) sultan yang sebenar di istananya maka iapun terucap "aku dah
lihat sultan." padahal matanya sedang lihat gambar kertas jua bukan ain
sultan. Jadi pengakuan yang umpama itu adalah bermakna menghikayatkan apa yang
sebenar daripada sultan yang hakiki dalam istana.
Demikianlah
contoh-contoh perbandingan apa yang berlaku kepada orang sufi yang sedang karam
dalam Wahdatul Wujud atau al-ittihad atau dikatakan hulul atau seumpamanya.
Saya berharap pembaca dapat faham dengan sejelas-jelasnya.
Orang
yang karam dalam Wahdatul Wujud atau fana' maka alam sekelilingnya laksana
cermin yang mereka nampak Tuhan di dalamnya, oleh itu maka alam sekeliling ini
laksana Tuhan dalam pandangan (zauq dan kelazatan) syuhud mereka kerana mereka
nampak di dalamnya Tuhan, maka terluncur di mulut mereka pengucapan-pengucapan
umpama "alam ini adalah Tuhan" atau "alam ini Tuhan dan Tuhan
itu alam" bukan sekali-kali begitu, kerana alam dan Tuhan adalah berbeza
dan sangat berlainan pada zat masing-masing bahkan adalah mustahil kalau
dikatakan dua perkara yang berlainan itu hanya jenis yang satu. Oleh yang
demikian maka tetaplah dua perkara yang berbeza itu tak serupa jua sebagaimana
yang telah diputuskan oleh qaedah tulin Ilmu Usuludin yang tak boleh
diugih2(ditakwil-takwilkan) lagi.
Oleh
itu barangsiapa mengi'tiqadkan "bahawa Tuhan dan alam adalah satu"
atau "dirinya dengan Tuhan adalah satu" atau "aku ALlah"
nescaya Murtadlah ia dengan serta merta, wal 'iya zubillah, baik mengikut ilmu Tasauf ataupun Usuluddin.
Itulah
dia huraian-huraian Wahdatul Wujud secara sihat mengikut istilah tasauf yang
sebenar yang dipelajari atau diterima dari guru yang ahli, bukan dikutip dari
buku-buku mengikut secara sedap faham, kemudian ditulis melalui majalah-majalah
mengikut aliran fikiran yang tidak berasas. Peganglah kemas-kemas qaedah secara sihat ini kalau
tuan-tuan ahli peminat tasauf.Dan
tidak ada sekarut-karut atau sebid'ah-bid'ah huraian di dunia ini melainkan
huraian yang mengelirukan fahaman i'tiqad orang ramai pada masalah Tauhid dalam
agama Allah yang Mahasuci baik secara langsung atau tidak langsung.
Jangan
menghuraikan Wahdatul Wujud secara bukan-bukan, itu menyebabkan timbul penyakit
besar yang tiada terubat maka buruklah padahnya iaitu murtad atau jadi kafir
zindiq, na'uzubillahi min zalik.
Huraian-huraian
yang mengeliru dan tiada bertanggungjawab
Banyak
terdapat dalam majalah tulisan-tulisan oleh golongan kaum intelek kita
dan/yang berani menghurai(memberi komen) Wahdatul Wujud dengan
huraian-huraian yang mengelirukan fahaman orang ramai seperti dikatanya"
"Alam dan zat Tuhan adalah satu." atau "Manusia dapat bersatu
dengan Tuhan." Atau Alam semesta ini merupakan bahagian daripada
Tuhan." atau seumpamanya.
Sebenarnya
ayat-ayat susuk kata umpama itu tidak terdapat dalam kitab-kitab Arab tua Tasauf
yang muktabar, tetapi ayat-ayat umpama itu agaknya adalah diambil dariapada
kitab-kitab Tasauf jenis zaman modern di setengah-setengah tempat ada yang
karut daripada kitab-kitab lama (tua). Bahkan ia adalah dariapada hasil yang
tersalah diambil pengertian daripada pengucapan-pengucapan yang terlatah
diwaktu al-ittihad atau Wahdatul Wujud berdasarkan kepada ini memang logik.
Di
sana ada pula yang mengatakan Wahdatul Wujud itu sebagai ajaran falsafah dan
ada pula yang mengatakan al-Hallaj mengajar Wahdatul Wujud kepada
murid-muridnya atau lain-lain. Sebenarnya huraian-huraian atau
sumber-sumber yang seumpama itu adalah berdasarkan kepada sedap-sedap faham
datau dirasanya begitu kemudian ditulis ataupun bahan-bahan yang umpama itu
dikutip-kutip dari buku-buku jenis baru atau majalah.
Semuanya
itu mengelirukan belaka kerana Wahdatul Wujud itu sebenarnya bukanlah sebagai
ajaran sebagaimana pelajaran-pelajaran biasa yang kita belajar atau ambil dari
guru dan bukan pula sebagai falsafah untuk difaham begitu tetapi ia adalah
suatu perkara zauq yang terjadi bagaimana diterang dengan panjang lebar tadi.
Malah ia adalah suatu perkara yang tak boleh diterang dengan cakap dan tak
boleh ditakbir dengan qalam.
Oleh
yang demikian maka segala huraian Wahdatul Wujud dengan takbir umpama itu
sungguh-sungguh mengelirukan dan tak bertanggungjawab melainkan setelah
dipelajari dan diambil petua/fatwa dari guru yang ahli. Maka tak sayugialah ditulis, dibahas, dikupas dan dikorek
isinya melainkan oleh orang yang ahli kerana mungkin tersalah, sebab otak
manusia tak dapat menggambarkan zauq sufiah itu walaupun oleh ahli Wahdatul
Wujud sendiri melainkan kalau hendak memaham, rasalah sendiri dan sebenarnya Wahdatul Wujud ini bukanlah hak kepunyaan
orang awam.
Suatu
qaedah yang tetap iaitu Wahdatul Wujud tidak berlaku melainkan pada waktu Maqam
fana'. Adapun pada ketika ia baqa' tak mungkin berlaku Wahdatul Wujud kerana
seorang dalam Maqam baqa' itu mempunyai dua alam kesedaran; iaitu alam batin
dan alam zahir (tubuh kasar) yakni kedua-duanya bekerja dengan kesedaran
masing-masing, Adapun waktu fana'; maka alam batin sahaja
yang sedar tetapi tetapi alam zahir iaitu tubuh kasar dengan perasaan
pancainderanya adalah lenyap dari kesedaran kesemua sekali. Apabila seorang
yang fana' itu kembali kepada Maqam baqa' maka jadilah ia seorang Wali besar
atau kita gelarkan "al-insan al-kamil".
Cerita #4- Mukjizat
saduran dari tulisan seorang hamba Allah
Mukjizat merupakan kejadian/kelebihan di luar akal manusia yang
tidak dimiliki oleh siapapun, karena mukjizat hanya dimilki oleh para nabi dan
rasul yang diberikan oleh allah swt kepada para nabi dan rasulnya Tidak ada
lagi Mukjizat pada manusia selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.Yang ada adalah
Keramah, Irhas dan sebagainya. Sekiranya ‘nampak’ ada pun Mukjizat ianya adalah
SIHIR dan SIHIR adalah perofessi JIN/shaitan dan hukumnya SHIRIK dan balasannya
adalah NERAKA!
Contoh-contoh mukjizat
a) unta betina Nabi Salleh a.s
b) laut terbelah dua apabila dipukul dengan tongkat oleh Nabi Musa
a.s
c) keupayaan Nabi Sulaiman a.s untuk memerintah segala jenis
makhluk di muka bumi ini sama ada jin, iblis, syaitan, manusia dan juga haiwan.
d) bulan terbelah dua oleh Nabi Muhammad saw.
Karamah
Adalah hal yang luar biasa yang terjadi pada diri seorang wali Allah,
yang muncul sebagai pertolongan Allah karena kedekatannya kepada Allah dan
sebagai hujah kebenaran dakwahnya, dan datangnya ini hanyalah satu kali, tidak
berulang-ulang, seandainya itu berulang, maka itu berasal dari syaitan, dan
yang memilikinya tidak dinamakan wali allah, melainkan wali syaitan
Contoh-contoh
karamah
a) Keupayaan Umar Al-Khattab r.a untuk memberi arahan kepada
tentera-tentera muslimin yang sedang berperang di medan perang walaupun ketika
itu beliau berada beribu-ribu batu di Madinah dan sedang memberikan khutbah di
masjid.
B) Keupayaan seorang wali Allah bernama Uwais bin Garny untuk
melakukan solat di atas air.
Wali-wali yang tersembunyi ini pada lahirnya tiada apa-apa
keistimewaan. Tetapi sebenarnya mereka adalah manusia yang sangat penting pada
dunia. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
1. Do'a mereka sangat makbul. Iaitu permintaan mereka allah
tunaikan. Rintihan mereka allah beri perhatian.
2. Walaupun tidak memimpin dan tidak terkenal, namun sikap hidup
serta percakapan mereka menjadi ikutan dan tiruan orang-orang sekeliling.
Ertinya, adanya mereka di satu-satu tempat sudah cukup untuk mengubah akhlaq
manusia.
3. Dengan adanya orang-orang seperti mereka di muka bumi ini, maka
Allah masih menurunkan hujan, memberi rezeki dan memberi bantuan kepada semua
manusia termasuklah yang derhaka. Juga allah pindahkan atau alihkan azab dan
bencana tenggelam atau karamnya bumi ini. Sekurang-kurangnya azab itu dibuat
bertahap-tahap, berperingkat-peringkat hinggalah berpeluang bagi manusia
menyelamatkan diri dan bertaubat. Sedangkan kalau azab itu diturunkan,
sekaligus secara menyeluruh, habislah manusia ini.
4. Ada hadis mengatakan, kerana mereka inilah (orang-orang soleh
dan wali-walinya) dunia belum dikiamatkan.
Sebagai golongan istimewa di sisi allah, mereka dianugerahkan
penghormatan dengan berbagai kelebihan dan kemuliaan berupa karamah yang tidak
diberi pada manusia biasa (orang awam). Justeru itu, tidak hairanlah di
kalangan orang-orang ramai akan mengaitkan cerita-cerita tentang karamah
apabila memperkatakan darihal peribadi seseorang wali itu.
Dalam pada pada itu, orang awam umumnya hanya mengenali karamah-karamah
berbentuk zahiriah atau Karamah hissi iaitu
kejadian-kejadian luarbiasa yang mencarik adat dan berlaku pada wali-wali dan
dapat dilihat dengan mata kasar.seperti karamah boleh berjalan di atas air,
boleh berasa di dua tiga tempat dalam satu masa, boleh terbang di udara, boleh
bergerak dari setempat ke setempat dengan sekelip mata dan sebagainya.
Tetapi jarang orang mengetahui terdapatnya satu bentuk lagi
karamah anugerah allah pada para aulia yang dipanggil karamah maknawiyah.
Karamah berbentuk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya dapat
dilihat dan diketahui oleh orang-orang yang mempunyai ketajaman mata hati.
Keistimewaan karamah maknawiyah antara lain ialah kata-katanya
memberi kesan pada hati pendengar hingga mendorong orang membuat perubahan pada
jalan kebaikan. Malah orang ramai akan ikut tingkah laku dan cakap-cakapnya.
Biasanya karamah bentuk ini lebih menonjol pada para wali yang memimpin umat di
samping dikurniakan juga karamah zahiri atau hissi.
Ini kerana bukan senang memimpin orang ramai kepada kesedaran
beragama dan amalan islam, lebih-lebih lagi zaman sekarang di mana orang ramai
begitu sibuk dengan kehidupan dunia hatta menilai agama pun berdasarkan
kedudukan, dan pengaruh wang ringgit.
Sihir
(Pengertian sihir)
Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t.
Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhainya.
Allah s.w.t. Melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, "suatu
perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan
dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius."
terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah
sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan
mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk islamnya para penyihir fir'aun.
Punca wujudnya ilmu sihir
Sihir telah wujud pada zaman para nabi. Penggunanya secara
berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. Ketika mana firaun dan
pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang
sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa
a.s.
Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat
dan berani kerana keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu sihir.
Kadang-kadang manusia yang mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan
kejahatan seperti mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam
kepada seseorang individu.
Bagaimana ahli sihir mendekatkan diri kepada jin
Untuk mendekatkan diri kepada jin atau syaitan, para ahli sihir
ini ada yang menjadikan al-qur'an (mushaf)
ADVISORY INC.








